Menjadi Ahli Bebas Isu Exco Perak ditangkap 2008

Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu melompat dari PKR menjadi calon bebas setelah Nasaruddin Hashim (Adun Bota) menyertai PKR .Akibatnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kehilangan majoriti kerana Hee Yit Fong (Adun DAPb - Jelapang) juga menjadi calon bebas. Majlis angkat sumpah Exco baru Perak pada 10 Februari 2009, nama keempat-empat orang ini tiada dalam senarai. Surat perletakan jawatan tanpa tarikh masih tidak diterima oleh SPR kerana menyalahi kepentingan awam dan hak asasi manusia . Walaupun pembubaran DUN Behrang dan Changkat Jering tidak menjadi kenyataan tetapi Pilihan rayan kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 akan diadakan berikutan kematian ahli parlimen Harun Shaharum pada 9 Februari 2009.